

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

5 Langkah Mencipta Mindset Slim
Tempat terbitan: Ukay Perdana Business
Centre, Ampang, Selangor
Penerbit: Nutri Lab Pharma Sdn. Bhd
Jumlah muka surat: 213
Tahun terbitan: 2017
Sasaran umur: Remaja dan ke atas
Komen fizikal: Menarik, ringan, mudah di bawa dan tulisan mudah di baca
Elemen Biblioterapi: Yakin
POSITIF
Menjadikan kita lebih yakin dan bertekad, kerana buku ini begitu sistematik dan jelas dalam menunjukkan apa yang perlu lakukan dan bagaimana untuk melakukannya jika kita hendak memperoleh kejayaan.
​
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
Pembaca buku ini akan menganalisis kefahaman yang telah diceritakan melalui soalan yang diberikan pada setiap bahagian yang terdapat di dalam buku ini.
LUAHAN RASA
Membuat saya lebih segar, tenang dan santai disebabkan banyak elemen warna hijau. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi.
Buku ini mempunyai 3 bahagian, bahagian pertama yang menceritakan tubuh kita diciptakan untuk slim, tetapi oleh kerana kita mungkin sudah terbiasa dengan mindset dan program yang silap mengubah fitrah tersebut. Dalam bahagian ini terdapat juga pelbagai kefahaman serong yang menggemukkan ramai orang.
​
Bahagian dua, berkaitan dengan 4 unsur keramat iaitu pernafasan, air, tanah dan api. Seterusnya, mengajar kita cara kiraan sukatan air yang betul mengikut keperluan tubuh badan serta kiraan degupan jantung semasa bersenam.
​
Bahagian ketiga ialah 5 langkah hijrah iaitu miliki mindset slim. Bahagian ini mengajar kita perlu biasakan diri dengan corak yang baru. Kemudian, prinsip penting dalam hijrah perubahan diri ialah, kita perlu mempraktikkan apa yang kita perlu lakukan. Yang lebih menarik bahagian ini, terdapat sesi Permerkasaan Diri iaitu (Personal Empowering) dalam bentuk monolog yang positif dan memberangsakan. Selain itu, terdapat juga tiga terapi NLP yang powerful.
​
