top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

19.jpg

Aku mahu membaca 1000 tahun 

Tempat terbitan: Kuala Terengganu

Penerbit: Jejak Tarbiah Publication

Jumlah muka surat: 127

Tahun terbitan: 2018

Sasaran umur: 13 tahun ke atas

Komen fizikal: Illustrasi kulit buku yang menarik

POSITIF

Sesuai untuk pencinta buku

 

NEGATIF

Pengisian bab akhir yang seolah-olah tergantung dan memerlukan penambahan bab.

 

KELEBIHAN

Terdapat ulasan buku-buku sastera yang menarik dan pernah dibaca oleh penulis serta pembedahan puisi Chairil Anwar secara ringkas yang boleh memberi pengetahuan tambahan kepada pembaca

 

LUAHAN RASA

Sesuai untuk pencinta buku yang ingin bertukar-tukar pandangan mengenai dunia buku yang mereka sukai ini.Memecahkan streotaip orang awam terhadap pencinta buku. Menunjukkan bahawa kita boleh mengembara, mempunyai pengalaman yang seronok, melakukan aktiviti bersama komuniti bibliofil berbanding hanya duduk sendirian membaca.

Terdapat pengalaman penulis mengimbas kembali bagaimana dia terlibat dengan dunia buku. Selain itu, penulis menceritakan tentang diri menyertai pertandingan membaca anjuran Buku Jalanan Titi 2017 dan bagaimana beliau menjadi juara untuk pertandingan itu. Pengalaman bersyair ketika hari graduasi dan bagaimana beliau menemui pemuisi, Solihin Osman turut diceritakan. Kemudian, pengalaman mencari kedai-kedai buku di Banda Aceh diceritakan dengan penuh informatif. Tentang bahan-bahan sastera yang beliau beli dan jumpai dihuraikan dengan maklumat lengkap bahan berkenaan. Seterusnya, penulis ada mengajar pembaca bagaimana untuk membedah buku dan beberapa ulasan buku yang pernah dibaca oleh beliau turut disertakan.

Sinopsis

54062152._SY475_.jpg

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page