

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

Baksis untuk
ayah
Tempat terbitan: Kajang, Selangor
Penerbit: Humaira Publication
Jumlah muka surat: 128
Tahun terbitan: 2016
Sasaran umur: Remaja dan ke atas
Komen fizikal: Buku ini tidak berapa tebal dan tulisan yang agak besar, senang di baca
Elemen Biblioterapi: Kekeluargaan
POSITIF
Cara mendidik anak, ada doa-doa, penyampaian berdasarkan hadith
​
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
Doa dan penerangan berdasarkan hadith dan cerita zaman nabi
​
LUAHAN RASA
Selepas membaca buku ini, baru kita tahu banyak perkara yang kita abaikan terutamanya zaman sekarang gajet menjadi penghalang penyemarakkan kasih sayang keluarga dan selama ini kita asyik kejar rezeki hingga abaikan anak. Sedar yang anak-anak memerlukan lebih perhatian kerana kita yang mencorakkan kehidupan mereka, siapa mereka pada masa akan datang. Apa yang kita beri, itulah yang kita akan terima.
Buku ini lengkap dengan tip dan kaedah yang sangat berkesan untuk si ayah mempelajari teknik memikat hati anak-anak mereka dan bagaimana menjawab persoalan-persoalan anak-anak pelbagai kerenah.
Di dalamnya disertai doa-doa yang boleh yang di amalkan untuk melembutkan sifat anak yang degil. Diajar juga cara-cara mendidik anak supaya menjadi anak yang berguna dan menghormati orang tua.
Didikan anak pada zaman sekarang sangatlah berbeza dengan zaman dahulu, jadi ibu bapa perlulah mendidik mengikut keadaan semasa,tapi masih menjadilan Al-Quran sebagai panduan.
