top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

20.jpg

Hadiah buat nur

Tempat terbitan: Bandar Baru Bangi, Selangor

Penerbit: Mohd Ariff Taqiyuddin bin Khairuddin

Jumlah muka surat: 141

Tahun terbitan: 2017

Sasaran umur: 20 tahun ke atas

Komen fizikal: Saiz buku yang bersesuaian (besar tapak tangan), ringan tetapi kualiti kertas yang digunakan tidak berapa bagus (jika untuk simpanan lama, kertas akan menjadi kuning)

Elemen Biblioterapi: Kehidupan

POSITIF

Memberi kesedaran terhadap nilai kehidupan antara negara sendiri dengan negara lain

 

NEGATIF

Tiada

 

KELEBIHAN

Penceritaan yang mudah difahami, susunan ayat yang bersesuaian terhadap sesuatu peristiwa buruk yang berlaku dan banyak memberi taksir nilai bagi sesuatu perkara

 

LUAHAN RASA

Sangat menyentuh perasaan dalam pembacaan buku ini kerana usaha yang dilakukan sangat murni dan penuh cabaran sehingga nyawa sendiri yang dipertaruhkan demi membantu rakyat Syria. Ia juga dapat membuka minda dalam menguruskan acara sukarelawan dan luas pandangan.

Kisah misi konvoi ambulans terbesar di dunia yang dianjurkan oleh negara UK bersama NGO Malaysia (iaitu Malaysia Life Line For Syria) sebagai wakil Malaysia selaku koordinator serantau. Seramai 20 orang anak muda Malaysia yang mengikut konvoi 85 buah ambulans di mana sebuah ambulans adalah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia. Sebuah ambulans boleh menyelamatkan lebih kurang 43 orang Syria dalam tempoh sebulan. Pelbagai rintangan, konflik dalaman dan luaran yang diceritakan sepanjang perjalanan mereka melalui lima negara iaitu England, Perancis, Itali, Greece dan Bulgaria demi membantu rakyat Syria. Ini bukan merupakan misi konvoi menghantar ambulans ke Syria tetapi sebagai satu mesej keadaan sebenar kepada penduduk dunia tentang apa yang sedang berlaku di Syria.

​

Sinopsis

Hadiah_Buat_Nur.jpg?fit=640,904&ssl=1.jp

Diulas oleh: Jizni Azrin Juhari

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page