

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

Jalan sehala
Tempat terbitan: Kajang, Selangor
Penerbit: Jejak Tarbiah Publication
Jumlah muka surat: 370
Tahun terbitan: 2019
Sasaran umur: 15 tahun ke atas
Komen fizikal: Menarik, ringan, mudah di bawa dan tulisan mudah di baca
Elemen Biblioterapi: Kehidupan
POSITIF
Setiap perkara yang hendak dilakukan harus berfikir kewajarannya dahulu
NEGATIF
Terikut rentak keseronokan dunia yang membawa kehancuran diri
KELEBIHAN
Memaparkan pelbagai kisah perjalanan kehidupan, ada sukses & ada yang gagal. Akhirnya, kita sendiri yang perlukan jalan yang kita pilih
LUAHAN RASA
Membuatkan pembaca merasa insaf dengan cerita yang disampaikan. Ia memberikan semangat untuk pembaca membaiki diri dan tidak mudah kecewa dengan apa yang telah ditakdirkan kerana semuanya mempunyai hikmah yang tersembunyi
“Tahukah wahai diri, ke mana engkau sedang memandu?”
​
Tanpa mengira cara dan cuaca, pemanduan kehidupan kita sentiasa bergerak ke hadapan. Kita perlu cekap menggunakan cermin kanan, kiri, belakang dan hadapan agar kita selamat menuju ke destinasi.
​
Jalan sehala merupakan nukilan kritis penulis terhadap pemanduan hidup seseorang manusia. Sepanjang pemanduan, mata dan akal haruslah bekerjasama untuk mensyukuri pemandangan indah di cermin kanan, menginsafi mehnah dari arah cermin kiri, menilai jauhnya perjalanan melalui cermin belakang, focus kepada tujuan di cermin hadapan. Hakikatnya, kita semua memandu di jalan sehala yang sama.
