top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

20.jpg

Korban

kasih

Tempat terbitan: Kuala Lumpur

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jumlah muka surat: 375

Tahun terbitan: 1995

Sasaran umur: Umum

Komen fizikal: Paperback dan tebal serta illustrasi menarik

Elemen Biblioterapi: Kekeluargaan

POSITIF

Kesabaran dan ketabahan seorang anak demi mendapatkan kasih sayang seorang ibu

​

NEGATIF

Ibu yang cemburu apabila anak disayangi oleh ayah. Mengganggap anaknya itu merampas kasih sayang daripada suaminya lantaran tidak biasa berkongsi kasih sedari kecil

 

KELEBIHAN

Mengajarkan bahawa kesabaran akan membawa berkat

​

LUAHAN RASA

Dapat merasai suasana kampung kerana penceritaan yang hidup dan berdasarkan kisah realiti yang sering berlaku dalam masyarakat tanpa kita sedar. Pembaca tersentuh dengan keluhuran jiwa Jalil dan turut terkesan dengan perasaannya. Buku yang sangat bagus untuk dibaca dan diselami jiwa setiap watak

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci abangnya itu sehingga tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kakak dan seorang lagi abangnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula ahli keluarga ini yang kini sudah dewasa secara harmoni, Sebuah kisah yang sangat memikat hati, menyentuh jiwa serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Sinopsis

KorbanKasih_Poster_v202004_01.jpg

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page