

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

Kubur
bernyawa
Tempat terbitan: Shah Alam
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd
Jumlah muka surat: 480
Tahun terbitan: 2016
Sasaran umur: 13 tahun dan ke atas
Komen fizikal: Tulisan kemas dan buku tebal
Elemen Biblioterapi: Kehidupan
POSITIF
Banyak pengajaran yang cuba disampaikan penulis kepada pembaca yang menghayati cerita ini
​
NEGATIF
Nama-nama watak kalau boleh biarlah yang mudah
KELEBIHAN
Jalan ceritanya membuatkan saya tak berrhenti membacanya sehingga selesai
​
LUAHAN RASA
Satu cerita mistik yang penuh dengan keinsafan. Penulis menyusun dengan baik plot-plot cerita untuk membuatkan kita meneruskan bacaan hingga ke muka surat terakhir. Persoalan hutang dan ketamakan yang ditekankan di dalam buku ini, memang membuatkan saya faham apa yang mahu disampaikan. Tahniah kepada penulis kerana menghasilkan naskah begini.
Buku ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja dari Kolej telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama. Entah macam mana, mereka telah terserempak dengan sebuah kubur sesat. Senang cerita, tindakan mereka itu seolah-olah membangkitkan semula roh penghuni kubur tersebut. Sejak itu, mereka terutamanya Jhaznarul dan Firdee Aqasha telah diburu oleh roh nenek tua.
​
​
