

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

Memotret
kenangan
Tempat terbitan: Kuala Terengganu
Penerbit: Karyawan Publishing House
Jumlah muka surat: 67
Tahun terbitan: 2015
Sasaran umur: 16 tahun ke atas
Komen fizikal: Saiz buku yang bersesuaian (besar tapak tangan), ringan, kualiti kertas yang baik dan bergambar hitam putih
Elemen Biblioterapi: Kehidupan
POSITIF
Membuat luahan rasa kesedihan yang dialami melalui puisi
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
susunan ayat puisi yang mudah difahami serta catatan ringkas yang menggambarkan perasaan kesedihan penulis
LUAHAN RASA
Menyentuh perasaan sedih dalam pembacaan buku ini kerana kehilangan salah seorang ahli keluarga. Puisi yang ditulis adalah menunjukkan detik kerinduan kepada arwah. Buku ini juga memberi kesedaran supaya lebih menghargai orang sekeliling kita selagi masih ada
Penulisan puisi-puisi yang dizahirkan adalah berkisahkan tentang pemergian abang penulis yang disayangi. Puisi yang penuh dengan emosi dan kisah pilu keakraban dua saudara yang membesar bersama, kemudian terpisah ke dua alam yang berbeza. Kisah yang amat perit buat ahli keluarga penulis kerana doktor pakar yang merawat arwah gagal mendapatkan jawapan akan punca sebenar kepada penyakit yang dihadapi oleh arwah. Oleh itu, puisi-puisi di dalam buku ini menjadi bukti kasih sayang penulis kepada arwah abangnya dan menjadi inspirasi untuk beliau terus berkarya. Penulis juga ada berpesan kepada para pembaca, agar hargailah ahli keluarga kita semua sebelum kita kehilangan mereka.
