top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

18.jpg

3 IDIOTS

Dibintangi: Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Boman Irani, Omi Vaidya

Tempat terbitan: India

Penerbit: Vinod Chopra Films

Durasi: 170 minit

Tahun terbitan: 2009

Sasaran umur: 13 tahun ke atas

Komen fizikal: Setiap babak menarik untuk ditonton

Elemen biblioterapi: Hubungan

POSITIF

Memaparkan isu berkaitan pendidikan, keluarga dan sahabat

 

NEGATIF

Sikap tidak jujur untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan pekerjaan yang baik pada masa hadapan

 

KELEBIHAN

Dapat melihat realiti yang sedang berlaku dalam pendidikan di institusi pengajian tinggi

 

LUAHAN RASA

Filem ini mengajarkan kita yang hidup tidak semestinya mengikut standard orang lain. Kadangkala, kita perlu mendengar kata hati sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari.

Filem ini mengisahkan Farhan Qureshi dan Raju Rastogi yang berjuang dalam pelajaran mereka demi mendapatkan pekerjaan yang baik dan membanggakan ibu ayah mereka. Mereka bertemu dengan insan yang akan mengubah fikiran dan cara mereka iaitu Ranchoddas. Pelbagai insiden berlaku dalam persahabatan mereka seperti tidak disukai oleh guru mereka iaitu Viru Sahastrabuddhe yang sangat garang dan tidak mesra pelajar. Terdapat pelajar yang bunuh diri akibat kemurangan kerana disiplin sekolah yang sangat ketat. Ranchoddas seorang yang bijak dan mendapat gred yang cemerlang namun kedua rakannya mendapat gred yang corot. Ranchoddas mengajarkan bahawa mereka harus belajar mengikut kata hati mereka. Beberapa tahun kemudian, Farhan dan Raju cuba menjejak Rachoddas dan berlaku perkara yang memeranjatkan mereka mengenai identity Rachoddas sebenar.

Trailer filem

Video ulasan

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

3_idiots_poster.jpg

Sinopsis

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page