

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

Face Reader
Dibintangi: Song Kang-ho, Lee Jung-jae, Baek Yoon-sik, Jo Jung-suk
Tempat terbitan: Korea Selatan
Penerbit: Han Jae-Rim
Durasi: 139 minit
Tahun terbitan: 2013
Sasaran umur: 18 tahun ke atas
Komen fizikal: Diawal-awal penceritaan ini membuat penonton teruja dengan jalan cerita yang disampaikan oleh penerbit dan adegan-adegan aksi yang ditonjolkan dalam cerita ini disamping jalan cerita yang sangat menarik
Elemen biblioterapi: Kebolehan
POSITIF
Penonton dapat melihat struktur kehidupan masyarakat Joseon (Korea) dan budaya yang diamalkan disekitar tahun 1400M yang harmoni dan aman damai serta struktur politik dan sistem beraja yang diamalkan pada msa itu
NEGATIF
Perebutan kuasa diantara raja memberi kesan yang negatif kepada sistem politik dikalangan bangsawan sehingga menimbulkan sifat berpuak-puak dan memberi kesan negatif terhadap negara itu sendiri. Kepercayaan terhadap tilikan juga tidak semestinya tepat kerana yang berlaku sudah ditentukan oleh Tuhan
KELEBIHAN
filem ini mendidik kita mempelajari tentang kesetiaan,kepercayaan dan pengorbanan seseorang terhadap rajanya walaupun nyawa menjadi taruhan.
LUAHAN RASA
Pengkhianatan dan konspirasi dalam sesuatu organisasi dikalangan para pemimpin mampu menimbulkan kekecohan dan mengugat sistem politik sesebuah negara atau organisasi
Filem Berdasarkan kisah benar ini mengisahkan Nae-gyeong seorang penilik wajah yang hidup di kawasan terpencil telah ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi bersama seorang wanita bernama Yeon- hong. Semasa mereka berada di Hanyang,
Nae-gyeong telah berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan kecil. Ini menarik minat Kim Jong Seo seorang pegawai didalam kerajaan Ming dan meminta beliau untuk merekrut semua pegawai temuduga bagi pengambilan pegawai baru dengan menilik wajah mereka. Atas kemahirannya itu beliau tanpa sengaja berjaya membongkarkan beberapa kes penyelewengan oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ini menarik minat Raja Munjong dan menitahkan beliau supaya mengenalpasti pemberontak yang ingin melakukan rampasan kuasa keatas beliau.
Selepas kematian Raja Munjong, Raja Su-yang adik kepada Raja Munjong mengarahkan pengikutnya untuk melakukan pakatan bersama Nae-gyeong untuk mengambil alih kuasa pemerintahan dengan membunuh Raja Muda Danjong. Walaubagaimana pun Nae-gyeong tidak menyetujuinya dan mencuba sedaya upaya melindungi takhta Danjong yang ditinggalkan oleh Ayahandanya. Tidak lama kemudian Raja Su-yang berjaya mengulingkan Danjong dan seterusnya menjadi Raja Joseon.
