

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

INSIDE OUT
Dibintangi; Amy Poehler, Phyllis Smith, Richard Kind, Lewis Black, Bill Hader, Mindy Kaling, Kaitlyn Dias, Diane Lane, Kyle MacLachlan
Tempat terbitan; Amerika
Penerbit: Walt Disney Pictures, Pixar Animation Studios
Durasi: 1 jam 35 minit
Tahun terbitan: 2015
Sasaran umur: 7 tahun dan keatas
Komen fizikal: Animasi yang menarik
Elemen Biblioterapi: Hubungan
POSITIF
Kadang kala kita perlu meluahkan perasaan kita. sentiasa menghargai keluarga dan rakan-rakan. Keluarga akan sentiasa akan bersama kita Kita semua melalui perubahan, dan perubahan itu tidak mudah. Anda perlu melepaskan beberapa perkara bagi meneruskan kehidupan. Tidak salah untuk bersedih.
NEGATIF
Terdapat babak kanak-kanak tersebut memberontak dan melarikan diri dari rumah, ini perlu dipantau dan diterangkan oleh orang kedua ibu bapa tentang situasi tersebut.
KELEBIHAN
Mengajar penonton terutamanya remaja untuk mengawal emosi.
LUAHAN RASA
Inside Out adalah filem moden dan dibuat dengan baik yang meletakkan kesihatan mental ke dalam konteks baru.
Filem animasi ini mengambarkan emosi yang berbeza dalam fikiran seorang kanak-kanak perempuan bernama Riley. Watak emosi Joy (Kegembiraan), Fear (Ketakutan), Sadness (Kesedihan), Anger (Kemarahan), dan Disgust (Jijik) cuba menolong Riley mengatasi masalah emosinya kerana Riley sekeluarga telah berpindah ke ke San Fracisco. Emosi belajar untuk bekerjasama untuk membantu Riley memproses kemelut menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya.
_poster.jpg)