

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

KIM JI-YOUNG: BORN 1982
Dibintangi; Jung Yu-mi, Gong Yoo
Tempat terbitan; Korea Selatan
Penerbit: Spring Wind Film Company
Durasi: 118 minit
Tahun terbitan: 2019
Sasaran umur: 17 tahun dan keatas
Komen fizikal: sinematografi sesuai dengan tema elemen yang diketengahkan
Elemen Biblioterapi: Emosi
POSITIF
Keluarga akan sentiasa akan bersama. Tidak menyerah untuk terus berjuang dan perlu meminta pertolongan orang sekeliling dalam menghadapi depresi dan bebanan hidup.
NEGATIF
Kedua ibu bapa membandingkan anak-anak mereka dan hanya memberi lebih perhatian kepada anak yang mereka lebih sayangi.
KELEBIHAN
Memberi pengajaran kepada penonton bahawa perkara ini adalah normal. Tidak menilai mereka yang sedang berjuang melawan sakit ini dengan stigma mereka adalah pesakit mental.
LUAHAN RASA
Stigma masyarakat kepada suri rumah tangga bahawa mereka beruntung kerana tidak terbeban dengan urusan kerja di pejabat. Tetapi mereka yang selalu berkorban demi menguruskan keluarga tanpa memikirkan keperluan diri mereka
Filem yang diangkat dari sebuah novel karya Cho Nam-Ju. Menceritakan kisah seorang wanita bernama Kim Ji-young yang terpaksa berhenti bekerja kerana hamil dan menjadi surirumah tangga sepenuhnya. Kim Ji-young seringkali merasa berat menjalani tugasan seharian sebagai seorang suri rumah tangga. Dia harus berusaha keras membesarkan anak perempuan mereka, hal yang membuatnya meninggalkan banyak perkara yang dia ingini dalam hidup. Namun, suaminya, Dae-hyeon perhatikan kehidupan ini telah membebani Ji-young lebih dari yang dia sedari. Ji-young mula menunjukkan tanda-tanda depresi.
