

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

ROCKY
Dibintangi: Sylvester Stallone, Talia Shire, Burt Young, Carl Weathers, Burgess Meredith
Tempat terbitan: United States
Durasi: 119 minit
Tahun terbitan: 1976
Sasaran umur: 15 tahun ke atas
Komen fizikal: Pada permulaaan filem, babak yang dipaparkan agak perlahan dan mungkin membosankan bagi sesetengah penonton. Namun, ia menjadi lebih menarik dan teruja selepas setengah jam kemudian.
Elemen Biblioterapi: Kejayaan
POSITIF
Filem berbentuk kesukanan yang sangat menarik untuk ditonton
NEGATIF
Elemen-elemen sosial barat turut diselitkan walaupun hanya untuk beberapa saat dan babak.
KELEBIHAN
Pada tahun filem itu dibuat iaitu 1976, ketika itu tidak terdapat banyak filem mengenai kesungguhan untuk berjaya dalam sukan tinju. Di samping itu, semangat yang ditunjukkan masih relevan iaitu jangan pernah putus asa dalam sesuatu yang kita minati walaupun halangan menanti.
LUAHAN RASA
Filem ini wajar ditonton dan diperhati mesej yang ingin disampaikan. Penonton harus melihat makna tersirat disebalik filem ini dan jadikan itu sebagai antara cara untuk bersemangat dan tidak berputus asa dalam mengerjakan sesuatu.
Mengisahkan watak Rocky yang pada mulanya hanyalah peninju jalanan dan turut bekerja sebagai pengutip hutang secara sambilan. Jurulatih yang bernama Mickey tidak pernah mempedulikan bakat Rocky. Pada ketika itu, peninju terkenal berkelas dunia iaitu Apollo Creed mencari lawan bagi cabaran sesuatu kejuaraan dan dia memilih Rocky. Mickey yang selama ini tidak mempedulikan Rocky seakan-akan merayu untuk menjadi jurulatih peribadinya sedangkan selama ini Rocky berseorangan. Demi menghadapi kejuaraan itu, Rocky berlatih dengan sangat gigih. Apollo menyangka dia akan berjaya mengalahkan Rocky hanya dalam 3 pusingan namun ternyata Rocky bukan lawan sebarangan. Namun, walaupun Rocky tidak memenangi kejuaraan itu, dia berpuas hati.
