

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

TAARE ZAMEEN PAR
Dibintangi: Dasheel Safary, Aamir Khan, Tisca Chopra
Tempat terbitan: India
Penerbit: Amir Khan Production
Durasi: 164 minit
Tahun terbitan: 2007
Sasaran umur: Umum
Komen fizikal: Penonton tidak berasa bosan dengan babak-babak yang ditampilkan. Setiap babak mempunyai makna yang sangat perlu diambil perhatian oleh penonton.
Elemen biblioterapi: Kebolehan
POSITIF
Mengetengahkan masalah yang jarang berlaku kepada kanak-kanak iaitu masalah disleksia dan pengorbanan seorang guru
NEGATIF
Ibu bapa menuduh anak-anak mereka malas sedangkan mereka tidak pernah mengerti apa yang dihadapi oleh anak-anak.
KELEBIHAN
Penonton dapat melihat tidak semestinya hanya subjek sains dan matematik yang dapat menjamin masa depan anak-anak. Mereka dapat membuka minda bahawa setiap orang adalah unik dan boleh berjaya mengikut kebolehan masing-masing.
​
LUAHAN RASA
Filem ini sesuai ditonton oleh umum terutama kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama seperti watak utama. Ibu bapa terutamanya boleh menonton filem ini supaya mereka dapat memahami setiap anak-anak adalah istimewa.
​
Filem ini mengisahkan Ishan Awasthi yang selalu mendapat gred tercorot dalam kelas dan tidak mampu membaca dan menulis walaupun sudah berada dalam gred 3. Namun, dia seorang yang suka melukis dan berimaginasi. Dia dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mendengar kata iaitu degil. Kemuncaknya, ayahnya telah menghantarnya ke sekolah berasrama penuh. Di situ, dia mengalami kemurungan. Namun tidak juga pandai membaca dan menulis. Keadaannya masih sama sehinggalah guru sementara iaitu cikgu Ram datang membantunya. Guru itu menyedari bakat Ishan dan Ishan berasa dihargai disaat diajar oleh guru itu sehinggalah dia pandai membaca dan menulis mengikut cara yang kreatif. Akhirnya, lukisan Ishan menjadi penghias muka depan majalah sekolah kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan.
