top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

18.jpg

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

Dibintangi: Herjunot Ali, Pevita Pearce, Reza Rahadian

Tempat terbitan: Indonesia

Penerbit: Soraya Intercine Films

Durasi: 165 minit

Tahun terbitan: 2013

Sasaran umur: 13 tahun ke atas

Komen fizikal: Durasi yang melebihi 3 jam mungkin memberi sedikit kebosanan kepada penonton. Namun, filem ini sarat dengan jalan penceritaan yang menarik dan tidak bosan.

Elemen Biblioterapi: Hubungan

POSITIF

Filem yang menyentuh sosial masyarakat Minangkabau di Indonesia dan cinta tragis

 

NEGATIF

Terlalu mencintai memberi kesan mental yang sangat hebat kepada Zainuddin sehingga jiwanya hampir gila seketika kerana tidak dapat memiliki Hayati.

 

KELEBIHAN

Dapat mengetahui adat pepatih dalam masyarakat Minangkabau dan pengorbanan yang agak tragis bagi seorang lelaki dan perempuan.

 

LUAHAN RASA

Jalan cerita yang diadaptasi dari novel nukilan Hamka ini memberi kritikan sosial terhadap adat pepatih yang tidak menerima kemasukan orang dari suku lain walaupun orang luar itu mempunyai kedudukan yang baik dan berharta. Penonton juga dapat merasai bagaimana emosi dua insan yang saling mencintai namun terpaksa berpisah kerana perbezaan suku.

​

​

Filem ini mengisahkan Zainuddin anak Pendekar Sutan yang merupakan seorang Minangkabau manakala ibunya yang merupakan orang Makassar telah merantau ke Padang untuk berjumpa dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan saudara dari sebelah ayahnya. Namun, kedatangannya tidak disambut mesra kerana dianggap tidak bersuku. Ketika menimba ilmu di Padang, Zainuddin terjatuh hati dengan Hayati yang merupakan keturunan Minangkabau. Hubungan mereka ditentang oleh seluruh keturunan Hayati. Zainuddin yang ikhlas telah memasuk meminang Hayati namun telah ditolak oleh ketua adat. Sebaliknya Hayati dipaksa untuk bernikah dengan Aziz. Pada akhir hayatnya, Zainuddin mengetahui Hayati masih mencintainya. Zainuddin mengabdikan karyanya mengenai Hayati dan membuka sebuah rumah anak yatim Hayati dan terus hidup dengan kenangan bersama Hayati.

Trailer filem

Video ulasan

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

tkv.jpg

Sinopsis

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page