top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

18.jpg

THE PURSUIT OF HAPPYNESS

Dibintangi; Will Smith, Jaden Smith, Thandie Newton

Tempat terbitan; Amerika

Penerbit: Columbia Pictures, Relativity Media, Overbrook Entertainment, Escape Artists

Durasi:  117 minit

Tahun terbitan: 2006

Sasaran umur: 17 tahun dan keatas

Komen fizikal: sinematografi sesuai dengan tema elemen yang diketengahkan

Elemen Biblioterapi: Tekanan, Emosi, Kekeluargaan,

POSITIF

Ketabahan seorang lelaki yang juga suami dan ayah bekerja keras demi keluarga.

 

NEGATIF

Seorang isteri meninggalkan suami dan anaknya kerana kesempitan hidup yang mereka alami. 

 

KELEBIHAN

Mengajar erti kehidupan, tidak berputus asa dan terus bangkit untuk meneruskan kehidupan.

 

LUAHAN RASA

Jangan biarkan orang lain menjadikan anda mangsa kegagalan dan ketidakbahagiaan. Jangan biarkan mereka membunuh impian anda dengan tanggapan negatif.

Trailer filem

Video ulasan

220px-Poster-pursuithappyness.jpg

Sinopsis

Ulasan oleh: Nur Athirah Che Zahariman

Sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah kisah benar yang menceritakan tentang kesusahan dan keperitan sebuah keluarga dalam menjalani kehidupan seharian. Chris Gardner telah melaburkan semua wang simpanan keluarganya untuk membeli mesin pengimbas ketumpatan tulang mudah alih dalam jumlah yang banyak. Kegagalan Chris menjual mesin tersebut menyebabkan mereka terpaksa berhutang. Isteri Chris, sangat tertekan dengan situasi ini dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke New York untuk bekerja.

 

Perjuangan seorang bapa tunggal untuk bangkit semula demi anaknya. Dia diusir dari pangsapuri dan menjadi gelandangan tetapi Chris tidak menyerah malah berusaha untuk  menjadi seorang broker di sebuah firma walaupun pada awalnya hanya sebagai pelatih yang tidak disediakan sebarang elaun. Dia terus berjuang untuk mencipta kehidupan yang lebih baik untuk diri dan anaknya.  

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page