

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)
MENGENAI KELAB BIBLIOFIL BERNAMA
Ibu Kota Buku Dunia 2020
Kuala Lumpur telah diisytiharkan sebagai hos Ibu Kota Buku Dunia 2020 pada 23 April lepas. Pengisytiharan ibu negara Malaysia sebagai hos ke-20 itu telah diumumkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Dunia yang disambut setiap tahun. Dengan pengisytiharan ini dapat meningkatkan minat orang ramai terhadap aktiviti membaca dengan penganjuran aktiviti galakan melalui #klwbc2020#KLBaca.


Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca
Merujuk buku Projek Bibliofil: Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca hasil tulisan Dr. Zahrah Yunos dan diterbitkan pada 2008 telah berkongsi tips bagaimana untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai sebuah aktiviti menyeronokkan sehingga membolehkan kita menjadi sebuah Bibliofil (pencinta buku). Dr Zahrah turut mencadangkan supaya setiap dari kita mula untuk membaca 10 buah buku dan boleh memulakannya secara perlahan-lahan dan berkongsi pengalaman membaca di media sosial melalui #projekbibliofil.
​
Selain mendapatkan ilmu, banyak faedah membaca antaranya ialah meningkatkan fokus penumpuan, ransangan mental, daya ingatan , hubungan sosial, kreativiti, empati dan memberi ketenangan serta mengurangkan stress.
OBJEKTIF
-
Menggalakkan aktiviti pembacaan
-
Meningkatkan budaya membaca
-
Mengumpulkan pencinta buku
-
Menganjurkan aktiviti yang berkaitan pembacaan
-
Memberi kesedaran mengenai faedah membaca
JAWATANKUASA
Penasihat: -
Penyelaras: Puan Hasnita Ibrahim​
Jawatankuasa:
-
Encik Mohd Letfee Ahmad
-
Encik Ridzuan Mohd Ghazali
-
Encik Kharizal Mat Khalid
-
Puan Azlinda Zainudin
-
Puan Wan Khairull Shahara A. Ghazali
-
Puan Nurizzati Mohd Awal
-
Puan Fatin Najmi Mohammad Shah
-
Cik Jaya Chitra a/p Govinthan
​
Sekretariat:
-
Puan Jizni Azrin Juhari
-
Cik Nur Athirah Che Zahariman
-
Puan Wan Nor Azriyana Wan Ali
-
Encik Tadzman Utuh Tang
-
Encik Muhammad Fadhil Zulkefle
-
Encik Muhammad Nasrul Abdul Rahim
-
Encik Hafizzul Hakimi Hamzah
- Puan Suria Ibrahim
AKTIVITI YANG DIRANCANG
-
Aktiviti membaca dan ulasan buku melalui #projekbibliofilbernama #bookwormbernama di media sosial
-
Video ulasan buku di media sosial
-
Perkongsian ulasan buku
-
Ulasan buku terbaik bulanan
-
Menjemput penulis
-
Interaksi dengan kelab/ komuniti buku yang lain
-
Projek amal
-
Perkongsian pengalaman sebagai pencinta buku
​
​
FAEDAH MEMBACA
​
-
Menambah pengetahuan
​​
-
Seseorang mudah berkomunikasi dan mesra
​
-
Boleh menerokai dunia
​
-
Merangsang kreativiti/ imaginasi
​
-
Merehatkan badan
​
-
Baik untuk kesihatan mental
​
- Mengurangkan tahap stress
​
Sumber: Toodia.my