

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

INGATLAH HARI INI
Album: Pop OK
Oleh: Project Pop
Tahun keluaran: 2003
Durasi: 4:05
Genre: Pop
Terbitan: PT. Musica Studio's
Penulis lagu: Irwan Men, Yosi/Udjo
Sasaran umur: Umum
Elemen biblioterapi: Hubungan
POSITIF
Mengembalikan nostalgia dengan kawan-kawan
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
Lagu yang kedengaran gembira namun mempunyai makna lirik yang mendalam
LUAHAN RASA
Lagu ini membuatkan pendengar teringat peristiwa-peristiwa lepas bersama-sama kawan-kawan. Pelbagai pengalaman lucu, sedih dan sebagainya dapat dikenang di samping kita akan merasakan perpisahan itu akan terjadi juga bila tiba waktunya. Namun, kenangan tetap abadi dan membuatkan kita lebih menghargai persahabatan sejati.
​
Lagu ini mengenangkan kenangan lalu bersama kawan-kawan. Ia menceritakan penampilan dan perwatakan masing-masing pada masa lalu. Walaupun ada kenangan yang agak memalukan namun masing-masing tetap terhibur. Masing-masing akan sentiasa mengingati satu sama lain kerana mereka sangat berharga dan akan selamanya begini. Mereka berharap bahawa apabila usia semakin meningkat, mereka akan tetap saling mengingati. Di samping itu, jika mereka berasa kesepian, mereka akan ingat kenangan lalu bersama rakan-rakan. Walaupun begitu, mereka tidak ingin terlalu bimbang dengan masa kini dan mereka harus menghargai masa yang ada ini.
