

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

NEVER SAY NEVER
Album: Never Say Never: The Remixes and The Karate Kid
Oleh: Justin Bieber featuring Jaden Smith
Tahun keluaran: 2010
Durasi: 3:47
Genre: Pop, r&b
Terbitan: Island, RBMG
Penulis lagu: Adam Messinger, NasriKuk Harrell, Jaden Smith, Omarr Rambert, Justin Bieber
Sasaran umur: Umum
Elemen biblioterapi: Yakin
POSITIF
Semangat membara dalam melakukan sesuatu
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
Setiap bait lirik adalah sebagai pembakar semangat
LUAHAN RASA
Lagu ini memberitahu bahawa jika kita tidak berputus asa, segala halangan yang mendatang itu tidak akan menjadi masalah. Ia mengajak pendengar untuk bersemangat dalam melakukan sesuatu kerana setiap dari kita mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri serta menjadi orang yang sangat hebat asalkan terus berjuang.
Permulaan lagu menceritakan tentang tidak akan sama sekali mengatakan tidak kepada halangan mendatang iaitu tidak akan sesekali berputus asa. Ia turut menceritakan diri kita sendiri kadangkala tidak percaya yang kita boleh dalam melakukan sesuatu hal/ perkara yang kita rasakan mustahil. Dalam melewati sesuatu perkara itu, kita akan menghadapi banyak rintangan dan kadangkala gagal namun kita akan bangun dan lawan serta terus maju ke hadapan sehingga menuju ke garisan penamat.
​
Pada bahagian rap, ia lebih menfokuskan budak-budak yang terhad kudratnya berbanding orang dewasa namun ingin menjadi lebih hebat daripada orang dewasa itu. Maka, dia berusaha dari segi latihan dan semangat mental membara serta yakin dia boleh melakukannya.
