top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

14.jpg

NOT TODAY

Album: You never walk alone
Oleh: BTS
Tahun keluaran: 2017

Durasi: 4:51

Genre: Hip-hop, rap
Terbitan: Big hit label
Penulis lagu: Hitman Bang, Pdogg, Supreme Boy, RM, June

Sasaran umur: 15 tahun ke atas

Elemen biblioterapi: Yakin

POSITIF

Lagu yang boleh membangkitkan semangat

​

NEGATIF

Tiada

​

KELEBIHAN

Mengajak pendengar tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka walaupun sukar untuk dicapai

 

LUAHAN RASA

Ia membuatkan semangat pendengar membara kerana melodinya rancak. Lirik lagunya pula seakan menyatakan bahawa kita tiada masa untuk berputus asa kerana setiap hari merupakan hari perjuangan. Setiap halangan yang mendatang bukanlah masalah namun ia merupakan perjalanan indah untuk berjaya

​

Permulaan lagu menceritakan tentang kegagalan dalam sesuatu perkara namun ia bukanlah pada hari ini kerana pada hari ini mereka akan melawan segala rintangan mendatang.

​

Pertengahan lagu turut menceritakan jika mereka tidak mampu untuk terbang, maka, mereka akan berlari dan terus berjaya menghadapi cabaran hidup. Namun, jika tidak mampu untuk berlari maka, mereka akan berjalan, merangkak atau dengan apa sekali cara dan tidak akan sesekali berputus asa.

​

Pengakhiran menceritakan bahawa mereka tidak akan gagal kerana mereka mempercayai keupayaan diri sendiri dan melupakan ketakutan dalam diri kerana hari ini bukan hari untuk mereka gagal.

Muzik video

Video ulasan

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

9.jpg

Sinopsis

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page