top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

14.jpg

SAD FOREVER

Album: How I’m Leaving
Oleh: Lauv
Tahun keluaran: 2019

Durasi: 3:23

Genre: Dance/ Electro Pop
Terbitan: AWAL
Penulis lagu: Ari Leff, Dallas Koehlke, Jack Torrey, Michael Pollack

Sasaran umur: 13 tahun ke atas

Elemen biblioterapi: Kemurungan

POSITIF

Mengetengahkan kesihatan mental dan stigma yang dihadapi

 

NEGATIF

Tiada

 

KELEBIHAN

Memberitahu pendengar bahawa terdapat juga yang mengalami masalah sama seperti mereka

 

LUAHAN RASA

Dapat mengetahui pengalaman sebenar penyanyi yang menghadapi masalah kemurungan, insomnia dan dirawat oleh psikiattri. Ia merupakan suara hati yang ikhlas dan mewakili semua orang yang menghadapi masalah ini bertahun-tahun. Ramai yang tidak berani mengaku masalah mereka dan akhirnya mengambil jalan singkat mengakhiri riwayat.

Ia merasakan setiap hari seperti mimpi dan dia mencuba untuk bangkit daripada mimpi itu (masalah mental). Namun, untuk bangun daripada mimpi itu tidak mudah kerana suara hatinya menyuruh ia berputus asa. Namun, dia mencuba melawannya dan cuba keluar daripada masalah itu namun tidak tahu bagaimana. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu untuk hidup dalam kesedihan selamanya dan tidak mahu dirawat (berjumpa) oleh psikiatrik selamanya. Pada akhirnya, dia berharap masalah mental itu dapat diatasi kerana dia mahu semuanya baik-baik sahaja.

Muzik video

Video ulasan

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

Sad_Forever.png

Sinopsis

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page