top of page
1.png

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

14.jpg

THE CLIMB

Album: Hannah Montana: The Movie

Oleh: Miley Cyrus

Tahun keluaran: 2009

Durasi: 3:54

Genre: Country Pop
Terbitan: Walt Disney
Penulis lagu: Jessi Alexander, Jon Mabe

Sasaran umur: Umum

Elemen biblioterapi: Yakin

POSITIF

Usaha dalam mencapai sesuatu

 

NEGATIF

Tiada

 

KELEBIHAN

Membuatkan pendengar bersemangat untuk berusaha dalam mendapatkan sesuatu

 

LUAHAN RASA

Lagu ini sangat baik didengar ketika sedang mahu berputus asa dan diselubungi dengan perkara-perkara negatif yang menghalang kita untuk berjaya. Lagu ini juga sebenarnya lebih kepada memotivasikan diri sendiri yang sebenarnya kita boleh berjaya dalam sesuatu perkara itu.

Lagu ini mengisahkan seseorang yang sedang hampir berjaya mencapai impiannya. Akan tetapi, suara hatinya mengatakan bahawa dia tidak akan berjaya. Hal ini mempengaruhinya dan sedikit sebanyak kehilangan laluan yang betul untuk dilaluinya. Namun, seketika itu, dia menyedari bahawa dia harus terus mencuba dan maju ke hadapan. Terdapat rintangan menantinya dan kemungkinan besar untuk gagal dalam mencapai cita-citanya itu. Dia menyedari untuk berjaya adalah tidak akan sesekali berputus asa kerana pada akhirnya dia akan memperoleh ganjarannya.

Muzik video

Video ulasan

Ulasan oleh: Rabiatul Maryani

Miley_Cyrus_-_The_Climb.png

Sinopsis

  • Instagram
  • YouTube

©2020 by kbbernama. Proudly created with Wix.com

bottom of page