

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

THIS IS ME
Album: The Greatest Showman: Original Motion Picture Soundtrack
Oleh: Keala Settle
Tahun keluaran: 2017
Durasi: 3:54
Genre: Pop
Label: Atlantic
Penulis lagu: Benj Pasek dan Justin Paul
Sasaran umur: Umum
Elemen biblioterapi: Pilihan
POSITIF
Menonjolkan kebolehan diri
NEGATIF
Tiada
KELEBIHAN
Penulisan lirik lagu yang sangat kuat dan bersemangat mampu mempengaruhi pendengar
LUAHAN RASA
Pendengar akan berasa lebih berani menonjolkan kebolehan diri dan menunjukkan diri mereka sebenar. Selain itu, pendengar tidak akan membiarkan sesiapa sahaja menghalang diri mereka untuk menonjol malah akan lebih bersemangat menghadapi cabaran dunia
​
Lagu ini mengisahkan pengalaman seseorang di mana tiada siapa mahu mengetahui apa yang dirinya rasakan. Selama ini, dia selalu diprovok oleh orang lain seperti tiada siapa mahu menyayangi dirinya. Kini, tiba masa untuk dia keluar dari situasi itu dan dia tidak mahu hidup dalam bayang-bayang orang lain kerana dia menyedari dirinya sangat berharga. Dia akan menjadi lebih berani menghadapi cabaran mendatang kerana itulah dirinya. Selain itu, dia akan melawan dan tidak akan berdiam diri seperti yang pernah dilakukan dahulu.
