

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

VERSION OF ME
Album: Loser -EP
Oleh: Sasha Sloan
Tahun keluaran: 2018
Durasi: 3:02
Genre: Indie pop
Terbitan: RCA Records Label
Penulis lagu:
Sasaran umur: 13 tahun ke atas
Elemen biblioterapi: Keperibadian
POSITIF
Menceritakan tentang diri sendiri
​
NEGATIF
Tiada
​
KELEBIHAN
Membuatkan pendengar lebih terbuka menunjukkan diri sebenar mereka
LUAHAN RASA
Lagu ini lebih kepada penerimaan orang luar terhadap diri kita sendiri jika kita menunjukkan sifat sebenar kita kepada mereka. Disebabkan takut menerima reaksi negatif, sesetengah orang lebih suka untuk menyembunyikan karakter sebenar mereka dan kadangkala tertekan kerana tidak menjadi diri sendiri.
​
Permulaan lagu menceritakan jika kita menunjukkan diri kita sebenar, adakah orang lain akan menerima diri ini seadanya? Sebagai kiasan yang terdapat dalam lagu ini, jika kita tercekik, adakah ada yang akan membantu untuk kita bernafas (jika kita berada dalam kesusahan, ada sesiapa yang akan memahami dan membantu?)?
​
Ada sesetengah tidak dapat menunjukkan sisi sebenar mereka kerana trauma yang dihadapi ketika kecil dan juga disebabkan cara mereka dibesarkan seperti tidak diajar untuk bersikap terbuka dalam meluahkan sesuatu yang terbuku. Namun, dalam lagu ini turut mengatakan yang dia tidak menyalahi sesiapa jika sesiapa itu tidak memahami dan menerimanya walaupun dirinya sangatlah mahu difahami diterima oleh orang lain.
