

KELAB BIBLIOFIL BERNAMA (KBB)

CAWAN COMEL
Seni: Lipatan kertas (origami)
Oleh: Suria binti Ibrahim
Sumber: https://youtu.be/OeRBzV1Nl6E
Sasaran umur: Kanak-Kanak Seawal 3 tahun
Elemen biblioterapi: Hubungan
POSITIF
Meningkatkan daya pemikiran kreatif kanak-kanak.
​
NEGATIF
Tiada
​
KELEBIHAN
Memenuhi masa terluang dengan aktiviti menarik & dapat menghasilkan sesuatu benda menarik.
LUAHAN RASA
Seronok dapat menghasilkan bentuk seperti ikan dan cawan dengan beberapa bahan yang mudah didapati. Ibubapa boleh mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan belajar benda baru. Kanak-Kanak tidaklah asyik bermain game dan melihat cerita cerita yang tidak berfaedah sahaja.
Origami adalah seni lipatan kertas yang berasal dari Jepun. Ia boleh dijadikan bentuk ikan, burung, cawan, layang-layang dan sebagainya. Seni ini memerlukan bahan-bahan seperti kertas warna, gunting, gam, magic pen. Memerlukan daya pemikiran yang kreatif dan lebih mudah kerana boleh dipelajari di youtube. Selain itu, ia sering diajarkan di sekolah sebagai salah satu mata pelaran iaitu pendidikan seni.
